'HSR bukan projek penting, boleh tunggu 10 atau 20 tahun lagi'
  • 3 years ago
Ketika diminta mengulas mengenai pemberhentian projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa ia bukan projek penting.

Menurutnya, pembinaan projek yang bakal menelan kos sebanyak RM80 bilion ringgit itu boleh ditangguhkan kepada sepuluh atau 20 tahun lagi.