Najib cadang tarik semula minat dunia dengan sambung projek HSR
  • 3 years ago
Ahli Parlimen Pekan Najib Razak mencadangkan Malaysia menarik semula perhatian dan minat dunia, selain usaha membina semula hubungan antarabangsa dengan ekonomi besar yang terkesan, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, visi, misi dan projek seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura yang bakal menghubungkan dua ekonomi terbesar ASEAN perlu disambung semula mengikut konsep dan perancangan asal.