Jumlah kes Covid-19 di Malaysia lepasi angka 100,000
  • 3 years ago
Kes harian jangkitan Covid-19 di negara ini masih kekal empat angka dengan 1,581 kes direkodkan setakat tengah hari tadi.

Hari ini juga menyaksikan jumlah keseluruhan jangkitan Covid-19 melepasi angka 100,000 dengan 100,318 kes dilaporkan sejak wabak itu melanda negara.

Selangor terus mendahului dengan 491 kes terbaru diikuti Kuala Lumpur (379), Sabah (249) dan Negeri Sembilan (144) serta negeri-negeri lain.