‘Kancil tersepit kerana gajah tak henti-henti beradu’

  • 3 years ago
Bimbang dengan semakin ramai rakyat jelata yang kehilangan pekerjaan dan pendapatan akibat penularan wabak Covid-19, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah hari ini mengingatakan pemimpin kerajaan supaya tidak menganiayai rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan miskin .
“Rakyat ‘jangan dijadikan kancil yang mati tersepit kerana gajah yang tidak berhenti-henti beradu"

“Doa rakyat yang merasakan diri mereka teraniaya tidak ada dinding untuk dimakbulkan Ilahi, janganlah rakyat dianiayai kerana dipengaruhi emosi berdendam dan pemikiran politik yang jumud,” titah baginda sempena istiadat pelantikan Adun Kota Tampan, Saarani Mohamad sebagai menteri besar Perak yang baru di Istana Iskandariah, di Kuala Kangsar, hari ini.

Recommended