Pejuang tak kerjasama dengan PH, PN kerana mahu bebas - Dr M

  • 3 years ago
Pejuang tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan mahupun Perikatan Nasional kerana mahu kekal menjadi 'kuasa ketiga' dalam PRU-15, kata Pengerusinya Dr Mahathir Mohamad.

Dalam sidang media atas talian hari ini, Mahathir berkata keputusan itu diambil kerana tidak mahu dipengaruhi oleh prestasi masa lalu parti-parti politik dari gabungan berkenaan.