Filem terbaru Thor tak lulus tapisan kerana unsur LGBT - Zahidi
  • 2 years ago
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin mengesahkan filem blockbuster terbaru Marvel Studios, 'Thor: Love and Thunder' tidak melepasi garis panduan penapisan Lembaga Penapisan Filem Malaysia.

Menjelaskan perkara itu di Dewan Negara semalam, Zahidi berkata ini kerana filem tersebut mempunyai unsur-unsur LGBT.

Golden Screen Cinemas (GSC) pada Julai lalu mengesahkan filem baru Thor tidak akan ditayangkan di Malaysia.