Hanya 19.7 peratus penduduk selesai banci e-CENSUS, bakal tamat 21 Dis

  • 3 years ago
Seramai 6.4 juta atau 19.7 peratus daripada penduduk di Malaysia, selesai melaksanakan bancian secara dalam talian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Mustapa Mohamed, berkata prestasi setakat Ahad lalu itu dijangka terus meningkat, sebelum e-CENSUS ditutup pada 21 Disember depan.

Tambahnya, peratusan respons penduduk seluruh negara yang terbaik adalah di Putrajaya iaitu sebanyak 79.9 peratus, diikuti Perak (28.9 peratus), Johor (28 peratus) dan Pulau Pinang (25.6 peratus)

Beliau berkata demikian pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.