Kadar pengangguran di Malaysia melonjak kepada 5.0 peratus pada April 2020

  • 4 years ago
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia, Mohd Uzir Mahidin berkata, pandemik Covid-19 yang menyebabkan ketidakpastian global pada masa kini berkemungkinan besar akan menghilangkan peluang pelaburan dari luar negara.

Katanya, untuk pertama kalinya, kadar pengangguran di Malaysia melonjak kepada 5.0 peratus dengan jumlah pengangguran meningkat 48.8 peratus pada April 2020 kerana penutupan operasi bagi kebanyakan perniagaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata demikian ketika membentangkan laporan Sorotan Statistik Ekonomi Malaysia (MESR) Siri 2/2020.