Yuran pelajar semester satu dikurangkan 20 peratus - Menteri
  • 3 years ago
Semua pelajar warganegara di universiti awam (UA) bagi Semester 1 Sesi 2021/2022, diberi pengurangan yuran sebanyak 20 peratus.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad ketika mengumumkan perkara itu memaklumkan, langkah berkenaan bakal memanfaatkan 555,340 pelajar dengan membabitkan nilai keseluruhan RM175 juta.

Keputusan itu diambil atas dasar keprihatinan serta kecaknaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terhadap beban keluarga dan pelajar terbabit.



Sumber video: https://www.facebook.com/watch/?v=281302486846694