K’jaan bakal mansuh surcaj 10 peratus Touch N Go
  • 4 years ago
Surcaj 10 peratus untuk menggunakan kad Touch N Go di kemudahan tempat meletak kereta akan dimansuhkan secara berperingkat, kata Timbalan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Chong Chieng Jen.

Bagaimanapun, Chong memberitahu Dewan Rakyat ini akan mengambil masa sehingga tempoh kontrak berasaskan surcaj sedia ada antara Touch N Go dan pengendali tempat letak kereta itu berakhir tetapi kontrak baru tidak akan termasuk bayaran tambahan itu.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wee Ka Siong (BN - Ayer Hitam) yang mempersoalkan pelbagai caj yang dikenakan oleh Touch N Go, termasuk bayaran tambahan 10 peratus ke atas kemudahan tempat letak kereta dan bayaran tambah nilai 50 sen.