'Apa itu projek khas_ Khas untuk PM beli sokongan ahli parlimen__ - MP Stampin
  • 3 years ago
Dua ahli parlimen pembangkang hari ini mempersoalkan peruntukan RM1 bilion kepada 'projek khas' di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ahli Parlimen Stampin Chong Chien Jen menyifatkan beberapa peruntukan di bawah JPM sebagai 'slush fund', iaitu peruntukan yang tidak mempunyai tujuan spesifik.

"Projek khas sampai RM1 bilion. Apa itu projek khas?"

"Khas untuk perdana menteri (Muhyiddin Yassin) untuk membeli sokongan ahli-ahli parlimen untuk mengekalkan kuasa dia?", soalnya ketika membahas Belanjawan 2021 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tuaran Wilfred Madius Tangau menggesa kerajaan untuk memperincikan peruntukan RM1 bilion kepada 'projek khas' tersebut.