MoU: Ahli Parlimen PH tak dapat apa-apa keuntungan peribadi - Tony
  • 3 years ago
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua menjelaskan ahli parlimen PH tidak akan mendapat apa-apa keuntungan peribadi selepas menandatangani memorandum persefahaman dengan kerajaan.

Bagaimanapun kata ahli Parlimen Damansara itu, PH kini secara keseluruhannya akan mempunyai suara dalam rang undang-undang kerajaan, terutama membabitkan belanjawan.

"Bagi saya itu adalah kemenangan bagi pembangkang, PH dan rakyat. Ini bukan situasi di mana pembangkang hanya menuruti setiap kehendak dan kemahuan kerajaan. Ini sebaliknya," kata Tony kepada KiniTV.