KKM: Tempoh 4 minggu untuk kes kembali ke 3 angka
  • 3 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan bahawa tempoh empat minggu lagi diperlukan bagi kes Covid-19 kembali turun kepada tiga angka.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, unjuran KKM menunjukkan jumlah kes harian akan terus meningkat di atas angka 1,000 sekiranya nilai R0 kekal pada nilai semasa iaitu 1.5

Katanya lagi, ketika ini KKM sedang giat mengawal penularan pandemik itu di Sabah.