Muhyiddin nafi batal peruntukan RM4.2 juta kepada Kg Sim Sim

  • 4 years ago
Perdana menteri Muhyiddin Yassin menafikan bahawa kerajaan Perikatan Nasional telah membatalkan peruntukan RM4.2 juta untuk kerja-kerja pembaikpulihan di Kampung Sim-Sim, Sandakan.

Ketika berucap di Kampung Sim Sim hari ini, beliau turut menunjukkan surat yang dikeluarkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) sebagai bukti peruntukan itu telah diluluskan bagi kerja pembaikpulihan 24 jambatan.

14 September lalu, anggota parlimen Sandakan Vivian Wong mendakwa peruntukan kira-kira RM4.2 juta yang diluluskan bekas menteri kewangan Lim Guan Eng sebelum ini telah dibatalkan apabila PN mengambil alih kerajaan persekutuan pada Mac lalu.

Recommended