Tg Piai : Gerakan nafi terima RM1 juta , Wendy marah mesej serangan peribadi

  • 5 years ago
Gerakan menafikan menerima RM1 juta ringgit dari Pakatan Harapan bagi menurunkan kadar pengundian kepada Barisan Nasional.

Presidennya Dominic Lau meminta semua parti menggunakan kaedah kempen yang adil dan bukan politik kotor.

Selain itu juga tersebarnya satu poster diedarkan di Facebook dan WhatsApp mendakwa bahawa undi calon Wendy Subramaniam dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai akan menjadi undi untuk Bersatu.

Teks itu disertai dengan gambar yang menggambarkan Wendy sebagai boneka di sebelah dua pemimpin Bersatu, dan seorang pemimpin PKR.

Wendy juga menyelar mesej sebagai serangan peribadi, sambil menambah bahawa ia adalah satu penghinaan terhadap wanita.