Zahid nafi laporan Korea Utara Jong-nam mati akibat serangan jantung
  • 7 years ago
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan kenyataan Korea Utara bahawa Kim Jong-nam mati disebabkan serangan jantung di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu.

Ahmad Zahid berkata berdasarkan siasatan pihak berkuasa Malaysia mendapati terdapat empat elemen yang membuktikan Jong-nam mati dibunuh iaitu DNA, forensik, bahan kimia beracun dan bukti rakaman kamera litar tertutup yang membawa pertuduhan terhadap dua wanita warga Vietnam dan Indonesia.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-7 Sesi 2014-2016, Majlis Belia Felda Malaysia di sini hari ini.