'Saya biasanya panggil 'Perikatak' Nasional' - MP Kluang sindir PN

  • 4 years ago
Ahli Parlimen Kluang Wong Shu Qi menyindir nama gabungan Perikatan Nasional (PN) sebagai Perikatak Nasional.

"Saya biasanya panggil itu Perikatak Nasional, sebab kalau tidak ada katak-katak ini, Perikatan Nasional pun tidak ditubuhkan.

"Bahasa saya tidak betul, jadi saya panggil Perikatak Nasional," katanya ketika memberi ceramah di N56 Tanjung Papat di Kampung Sim Sim, Sandakan, Sabah.

DUN Tanjong Papat menyaksikan pertandingan sebanyak 7 penjuru iaitu Chung Yu Seng (PCS), Datuk Frankie Poon (WARISAN), Ken Yong Chie Man (PN-SAPP), Noraini Sulong (BEBAS), Jamal Ali (PPRS), Mohd Yunus Apil (USNO), Lam Jin Dak (LDP).

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 melibatkan 73 kerusi DUN akan berlangsung 26 Sept ini.

Recommended