Saya minta maaf, tapi saya harus jaga pengundi saya - MP Julau
  • 3 years ago
Bekas ahli parlimen PKR, Larry Sng memohon maaf kepada penyokong Pakatan Harapan yang berharap pihak pembangkang menuntut kembali kerajaan dari PN.

"Saya tahu sekarang ada kemarahan dan kekecewaan. Untuk itu, saya meminta maaf tetapi saya perlu menjaga pengundi di kawasan saya terlebih dahulu kerana mereka miskin.

"Sebagai wakil mereka, saya bertanggungjawab untuk kebajikan mereka," kata ahli Parlimen Julau itu kepada Malaysiakini.