'Elaun saya tak lebih dari gaji, mungkin sebab saya bukan MP'
  • 3 years ago
Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan, elaun dan imbuhan keraian yang diterimanya tidak melebihi gaji sebagai Menteri Kewangan yang diterimanya setiap bulan.

Ini katanya, ia mungkin disebabkan kerana beliau tidak menerima elaun yang diterima ahli Parlimen.

Beliau mengulas soalan pemberita mengenai saranan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan bahawa sumbangan potongan gaji menteri dan timbalan menteri sepatutnya merangkumi elaun dan imbuhan keraian, yang selalunya lebih tinggi daripada gaji.