Dr Noor Hisham enggan ulas tuduhan Hashim Jasin
  • 4 years ago
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah hari ini enggan mengulas tuduhan Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin bahawa KKM harus dipersalahkan atas kegagalan menteri kabinet, Khairuddin Aman Razali dikuarantin setelah kembali dari Turki.

Beliau memberitahu sidang media di Putrajaya bahawa perkara itu sedang disiasat polis dan sebarang komen mengenai kes itu boleh menjejaskan siasatan.