Azmin enggan ulas dakwaan jadi orang tengah antara PAS dan PM
  • 4 years ago
Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali menolak untuk menjawab soalan mengenai dakwaan beliau menjadi orang tengah antara PAS dan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, fokus patut diberikan kepada isu-isu ekonomi.

Menurutnya, negara sedang menghadapi kesan daripada Covid-19 dan tumpuan harus diberikan kepada pembinaan semula ekonomi.

Katanya lagi, banyak sektor seperti industri pelancongan, penerbangan dan logistik telah terjejas akibat wabak itu dan kerajaan bercadang untuk melancarkan pakej rangsangan ekonomi tidak lama lagi.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas senator Ezam Md Nor semalam.

Kenyataan itu mendakwa, Azmin telah memberitahunya bahawa beliau bertindak sebagai orang tengah yang mengatur pertemuan antara PAS dan Mahathir.