'Dia nak ugut, ugutlah' - Hisham ulas ancaman Korea Utara

  • 3 years ago
Pihak berkuasa telah sedia maklum akan ancaman dibuat Korea Utara dan meningkatkan kawalan di kesemua kedutaan milik negara, kata Menteri Luar Hishamuddin Hussein.

Hishamuddin berkata, keputusan Malaysia mengekstradisi rakyat Korea Utara ke Amerika Syarikat atas dakwaan melakukan pengubahan wang haram adalah mengikut landasan undang-undang antarabangsa.