Penunjuk perasaan Belarus banjiri ibu negara, ingkar tentera
  • 4 years ago
Puluhan ribu penunjuk perasaan anti-pemerintah membanjiri jalan-jalan di Minsk pada hari Ahad walaupun terdapat amaran bahawa tindakan mereka itu akan menghadapi tentera Belarus.

Kementerian Pertahanan mengatakan bahawa pihaknya kini telah mengambil alih tindakan melindungi tugu-tugu peringatan susulan protes berminggu-minggu yang menuntut Presiden Alexander Lukashenko meletakkan jawatan.