Kartun Jepun 'Hamtaro' diguna penunjuk perasaan Thailand untuk ejek pemerintah

  • 4 years ago
Ratusan penunjuk perasaan Thailand menyanyikan lagu kartun Jepun pada Ahad lalu dengan lirik mengejek pemerintah sebagai 'hamster lapar' dengan wang tunai pembayar cukai.

Protes ini merupakan sebahagian daripada gerakan tunjuk perasaan baru oleh golongan anak muda yang mengatakan bahawa mereka menggunakan taktik aneh bagi tujuan serius.

Belia Thailand telah menentang larangan Covid-19 untuk mengadakan perhimpunan dengan engadakan tunjuk perasaan hampir setiap hari sejak minggu lalu.

Laporan oleh Reuters.