Van polis Filipina terus langgar penunjuk perasaan

  • 8 years ago
Polis bukan saja menggunakan gas pemedih mata bagi menyuraikan lebih 1,000 penunjuk perasaan di luar Kedutaan Amerika Syarikat di sini, malah van polis juga dipandu merempuh mereka hingga ada yang cedera.

Kejadian berlaku ketika Presiden Rodrigo Duterte melawat Bejing bagi mengeratkan hubungan dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu.

Siaran televisyen menunjukkan van polis yang diserang dengan batu dan bom petrol dipandu menerusi penunjuk perasaan menyebabkan ada yang cedera dilanggar.