'Bagaimana nak laksana Undi 18 kalau suara anak muda disekat_'
  • 4 years ago
Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) mempersoalkan pemimpin kerajaan hari ini jika mereka bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengajian Tinggi untuk mengekalkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (UUCA).

Sebelumnya dia bertanya kepada Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal jika dia bersetuju dengan undang-undang yang menghalang pelajar pengajian tinggi menyuarakan pandangan politik mereka.

Ini selepas timbalan menteri itu berkongsi senarai program kementerian yang bertujuan meningkatkan literasi politik di kalangan belia berikutan langkah kerajaan pada tahun lalu menurunkan usia mengundi kepada 18.
Recommended