Kalau MCA nak keluar BN, keluarlah... - Nazri
  • 5 years ago
Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz berkata beliau tidak mengetahui status MCA sama ada keluar BN ataupun tidak.

Ini kerana, kata Nazri, desakan untuk membubarkan BN belum lagi dibincangkan kerana mahu memberi tumpuan utama kepada pilihan raya kecil di Semenyih dan Rantau tidak lama lagi.

Nazri juga turut menggesa agar MCA mencontohi Gerakan yang mengumumkan keluar BN.

Beliau berkata demikian pada sidang media khas di PWTC hari ini.