'Kalau PAS rasa nak bercerai, tak apa kita bertanding sendiri'
  • 3 years ago
Sudah tiba masanya PAS menyatakan pendirian mereka untuk bersama dengan Umno atau memilih Bersatu bagi mengharungi pilihan raya umum tidak lama lagi, kata Tajuddin Abdul Rahman

Pengarah Pilihan Raya Umno itu berkata, UMNO telah jelas menyatakan keinginan mereka untuk bersama-sama PAS .

Bagaimanapun katanya, parti itu bersedia bergerak bersendirian sebagai entiti BN jika PAS membuat keputusan mahu memihak kepada Bersatu.