Anak muda turun ke jalan, rampas balik kuasa kita! - Aktivis anak muda
  • 4 years ago
Bekas graduan Universiti Malaysia (UM), Wong Yang Ke yang melakukan protes kepada naib canselor UM pada majlis konvokesyen tahun lepas turut berucap di himpunan 'Demokrasi Mati, Ayuh Turun Ke Jalan' malam ini.

Dalam ucapannya, Wong menyeru anak muda supaya turun ke jalanraya bagi membantah kemelut politik yang berlaku sekarang.

"Kalau politikus masih nak main politik, kita harus turun ke jalanraya dan rampas balik kuasa kita!"

Susulan protes yang dilakukan di majlis konvokesyennya di Universiti Malaysia tahun lepas, Wong bakal didakwa esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.