Polis tidak terlibat kes hilang aktivis
  • 5 years ago
POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menafikan pembabitan pegawai Cawangan Khas Bukit Aman dalam kes kehilangan aktivis sosial, Amri Che Mat dan pastor, Raymond Koh Keng Joo. Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, hasil siasatan dijalankan mendapati individu terbabit adalah pegawai awam yang bertugas di Cawangan Khas PDRM.


“Kita sudah menyiasat dan mendapati individu terbabit sebagaimana dimaksudkan dalam kes kehilangan dua aktivis sosial itu bukanlah pegawai polis. Ditanya sama ada polis akan memohon waran tangkap terhadap individu terbabit kerana gagal hadir memberi kerjasama, beliau berkata ia terserah kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya.



“Buat masa ini segala urusan berkaitan kes itu sudah diserahkan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan tiada arahan untuk polis berbuat demikian,” katanya.