Bank berkemampuan buat lanjutan moratorium

  • 4 years ago
Bank di negara ini berkemampuan melaksana pakej moratorium lanjutan kerana mempunyai 'buffer' mencukupi untuk menanggungnya, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abd Rahim Bakri.

Menurutnya, segala keputusan untuk melanjutkan tempoh moratorium dikawal selia sepenuhnya Bank Negara Malaysia (BNM) dengan pembabitan Persatuan Bank-Bank Malaysia.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin mengetahui sama ada bank di Malaysia berkemampuan melaksanakan moratorium selanjutnya jika keadaan ekonomi kurang memuaskan untuk tempoh akan datang.

Recommended