Bank sendiri buat keputusan luluskan pinjaman rumah
  • 5 years ago
Keputusan muktamad masih berada di tangan pihak bank dalam meluluskan permohonan pinjaman perumahan kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin.

Beliau menegaskan demikian walaupun kerajaan mengambil langkah untuk membolehkan peminjam yang disenarai hitam dalam rekod Sistem Maklumat Rujuakn Kredit Berpusat (CCRIS) dikecualikan daripada sekatan untuk pembelian rumah pertama.

Bank-bank sendiri akan membuat keputusan sama ada mereka mahu untuk meluluskan atau tidak pinjaman permohonan (daripada peminjam PTPTN).