K'jaan perlu berhati-hati buat keputusan dedah laporan CEP
  • 5 years ago
Laporan Majlis Penasihat Kerajaan (CEP) tidak akan didedahkan kepada umum buat masa ini, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memandangkan beberapa hasil dapatan mereka memerlukan penyiasatan lanjut oleh pihak berkuasa yang berkaitan.




“Ini adalah bagi mengelakkan polemik yang mungkin boleh menjejaskan hasil siasatan dan keyakinan pelabur,” katanya semasa menjawab soalan tambahan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, hari ini.




Dr Mahathir berkata, laporan itu mungkin didedahkan kepada umum pada masa depan selepas tindakan susulan diambil dan tiada tindakan saman malu dikenakan.