Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai ditangkap, syarikat media diserbu
  • 4 years ago
Taikun media pro-demokrasi Hong Kong, Jimmy Lai ditangkap hari ini di bawah undang-undang keselamatan baharu kerana didakwa berpakat dengan pihak asing.

Penangkapan Lai merupakan penahanan profil paling tinggi di bawah undang-undang keselamatan baru yang dikecam secara secara meluas oleh pemerintah Barat dan kumpulan hak asasi manusia antarabangsa kerana mengekang hak asasi di Hong Kong.

Sementara itu, syarikat media milik Lai, Apple Daily turut diserbu pihak berkuasa hari ini selepas penahanan Lai.

Sumber visual: Reuters, Apple Daily