'Jangan buang pekerja, K'jaan sedia pengecualian cukai pada syarikat media'
  • 4 years ago
Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kerajaan bersedia untuk memberi pengecualian cukai kepada syarikat media dengan syarat mereka mengambil setiap langkah yang mungkin untuk mengelakkan daripada memberhentikan pekerja mereka.

Kenyataan Lim itu dibuat susulan pelaksanaan pemberhentian secara berterusan oleh konglomerat media Media Prima Bhd, yang dilaporkan akan menyaksikan 543 kakitangan dari kumpulan New Straits Times Press (NSTP) melepaskan jawatan mereka pada Mac tahun depan.

"Kami tidak campur tangan tetapi saya mengadakan pertemuan dengan bos syarikat korporat media (itu) minggu lalu (dan) mereka pada dasarnya menyoal mengenai beberapa langkah percukaian dan beberapa pengecualian cukai.

"Walaupun kita mungkin mempunyai perbezaan, kita sangat bersikap terbuka.