China tawarkan 'all you can fly' untuk hidupkan semula sektor penerbangan

  • 4 years ago
Sangat membimbangkan untuk menaiki kapal terbang sekarang, namun syarikat penerbangan di China mempunyai strategi baru bagi menarik orang ramai mengembara lagi.

China Southern Airlines pada hari Selasa menjadi syarikat terbaru yang melancarkan promosi 'all you can fly', dengan tawaran serendah AS$500 untuk beberapa penerbangan tanpa had.

Ini menjadikan sekurang-kurangnya lapan syarikat penerbangan di negara itu yang telah menawarkan promosi serupa sejak Jun lalu, yang mana menurut penganalisis telah berjaya menghidupkan semula sektor penerbangan yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Laporan oleh Reuters.

Recommended