Diskaun 20% kepada guru, pensyarah dan pelajar untuk penerbangan domestik MAS

  • 4 years ago
Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah bersetuju untuk menawarkan diskaun harga tiket penerbangan domestik sebanyak 20 peratus kepada guru, pensyarah dan pelajar.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, promosi diskaun 20 peratus tersebut adalah untuk meringankan beban pihak tenaga pengajar serta pelajar untuk pulang ke institusi pendidikan masing-masing tidak lama lagi.