IGP- Kakitangan Al Jazeera dipanggil sebagai saksi, bukan suspek
  • 4 years ago
Menjawab pertanyaan media mengenai status kakitangan Al Jazeera yang dipanggil ke Bukit Aman awal hari ini, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador menjelaskan bahawa ke semuamereka disoal siasat sebagai saksi dan bukan suspek.

Hamid berkata terdapat elemen yang dibangkitkan dalam dokumentari berdurasi 25 minit itu telah menyentuh sensitiviti rakyat Malaysia.

Hamid berkata keputusan untuk mengambil keterangan daripada staf Al Jazeera hari ini dibuat selepas pertimbangan teliti dengan Pejabat Peguam Negara bahawa terdapat kemungkinan elemen di bawah Akta Hasutan, Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.