"Musa Hassan akan dipanggil jika ada keperluan," kata IGP
  • 7 years ago
Kemelut Mon Space, sebuah syarikat yang mengendalikan skim pelaburan cepat kaya, semakin memuncak apabila lebih 70 orang dari China datang ke membuat laporan Polis di Balai Polis Bukit Jalil semalam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar pihak polis ada menerima laporan dan sedang mengumpul bukti.

Ketika ditanya mengenai kedudukan Presiden Monspace Net Incoporate yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, Khalid berkata Musa akan dipanggil jika ada keperluan.

Dalam laporan polis terbabit pelabur China mendakwa mereka tidak menerima 500% pulangan yang dijanjikan oleh pengasas Mon Sapce Datuk Seri Jessy Lai dalam tempoh enam bulan. Mereka telah melabur dalam MonSpace dari bulan November tahun lepas.

Lebih kurang 70 orang telah pergi ke pejabat Mon Space di Bukit Jalil, menuntut untuk bertemu Pengasas Monspace Jessy Lai dan meminta bayaran balik mereka namun Jessy Lai tidak muncul.