Hamid Bador akan dilantik sebagai IGP, kata PM
  • 5 years ago
Pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador akan dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baru, kata perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Perdana menteri mengesahkan perkara ini ketika ditanya oleh pemberita selepas sambutan Hari Pekerja di Putrajaya pagi ini.

"Ya, saya fikir dia adalah IGP yang akan datang.

"Saya rasa Yang di-Pertuan Agong telah menandatangani surat pelantikannya," katanya.

Abdul Hamid sebelum ini merupakan timbalan pengarah Cawangan Khas Bukit Aman sebelum dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri ketika pentadbiran perdana menteri Najib Razak.