Rakyat Singapura boleh lawat isteri sakit di JB, kata Ismail

  • 4 years ago
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob tidak melihat sebarang masalah bagi seorang lelaki Singapura untuk mengunjungi isterinya yang sakit di Johor Bahru walaupun tidak mempunyai visa pasangan.

Beliau menasihatkan warga Singapura itu untuk menyerahkan laporan perubatan isterinya ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ketika memohon untuk masuk ke Malaysia.

Semalam CA Mahendran, 58, memberitahu Malaysiakini bahawa beliau terpisah dengan isterinya warga Malaysia sejak tiga bulan lalu apabila kedua-dua negara menutup pintu sempadan berikutan wabak Covid-19.

Recommended