MB Perak dapat kenderaan rasmi baru Lexus ES
  • 4 years ago
Menteri Besar Perak yang baru dilantik, Faizal Azumu dilihat menggunakan kenderaan rasmi baru iaitu kereta jenis sedan Lexus ES.

Bercakap kepada wartawan hari ini, Faizal berkata kerajaan negeri memberi kenderaan baru kerana salah satu daripada 16 Toyota Camry milik kerajaan negeri telah dijual kepada bekas penasihat undang-undang negeri, Rohana Abd Malek yang bersara pada bulan Disember lalu.,