Video: Baca Al Quran, dapat isi minyak kenderaan secara percuma

  • 8 years ago
Umat Islam di Indonesia yang berjaya khatam satu juzuk Al-Quran di bulan Ramadan ini akan mendapat hadiah dua liter minyak petrol percuma oleh syarikat pengeluar minyak negera PT Pertamina.

Perserta wajib mendaftar terlebih dahulu di surau stesen minyak berhampiran serta jumlah juz Al-Quran yang akan dibaca dan selepas menghabiskan satu juz, peserta akan diberikan kupon isi minyak secara percuma.

Aktiviti ini dilakukan untuk mendorong umat Islam memanfaatkan bulan Ramadan dengan membaca Al-Quran.