Wujud kawasan khas berhenti di PLUS - MB Perak
  • 8 years ago
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat Konsesi Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) diminta mempertimbangkan untuk menyediakan kawasan khas di laluan Terowong Menora bagi kenderaan yang menghadapi masalah untuk berhenti.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata, cadangan itu bagi mengurangkan risiko kemalangan terutama membabitkan kenderaan berat seperti bas dan lori.

Beliau mengulas kemalangan membabitkan bas ekspres merempuh 10 kenderaan dekat Terowong Menora pada Ahad lalu.