Malaysia ada 40,000 orang pekak tetapi kekurangan jurubahasa isyarat

  • 4 years ago

Ketika ini terdapat seramai lebih kurang 40,000 orang pekak di Malaysia. Kebanyakan orang masih tidak menyedari kepayahan yang terpaksa dihadapi orang pekak untuk berkomunikasi dengan orang yang boleh mendengar.

Untuk kebanyakan orang pekak di Malaysia, bahasa isyarat merupakan bahasa pertama mereka. Disebabkan konsep tatabahasa yang berbeza di antara bahasa isyarat dan bahasa bertulis, kadangkala berlaku percanggahan menyebabkan orang pekak berasa sukar untuk menulis kerana mereka sering menafsir dalam bahasa isyarat.

Ketika acara-acara penting seperti persidangan hinggalah ke tempat latihan dan hospital, jurubahasa isyarat merupakan orang tengah yang membolehkan orang pekak berkomunikasi dengan baik dengan orang yang boleh mendengar.

Bagaimanapun, Malaysia menghadapi masalah tidak mempunyai jurubahasa isyarat yang mencukupi.

Recommended