89 rakyat Malaysia sertai himpunan tabligh di Indonesia akan dikuarantin
  • 4 years ago
Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob turut mengambil maklum mengenai 89 warga Malaysia yang pergi ke Indonesia untuk menyertai satu lagi perhimpunan tabligh.

Bagaimanapun perhimpunan tabligh yang pada mulanya akan diadakan di wilayah Sulawesi Selatan itu telah ditangguhkan.

Beliau memberi jaminan bahawa 89 orang itu akan dikuaratin sebaik sahaja tiba di Malaysia.