'7 hari untuk Azam direhatkan atau himpunan besar akan diadakan'

  • 2 years ago
Pemuda Parti Amanah Negara memberi tempoh masa tujuh hari untuk Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, merehatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki agar siasatan terhadap beliau dapat dilaksanakan dengan bebas.

Pengarah Mobilisasi Amanah, Mohd Sany Hamzan berkata, sekiranya Azam tidak direhatkan dalam tempoh itu, Amanah akan menganjurkan satu himpunan rakyat di hadapan Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Dia berkata demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Istana Negara berkenaan keraguan integriti Ketua Pesuruhjaya SPRM itu di Pintu 3, Istana Negara, hari ini

Sumber video: https://fb.watch/anI8E73D7k/

Recommended