KKM merayu 5000 peserta himpunan tabligh tampil buat saringan COVID-19
  • 4 years ago
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sedang menjejaki seramai 5,000 orang rakyatnya di merata negara kerana dipercayai terdedah kepada wabak koronavirus (COVID-19) di sebuah acara keagamaan di Selangor.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba merayu pada peserta himpunan tabligh di lokasi itu untuk tampil membuat saringan virus tersebut.

Acara itu adalah satu perhimpunan tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, yang berlangsung antara 27 Feb hingga 1 Mac.

Langkah itu dibuat setelah Brunei melaporkan kes pertama COVID-19 pada Selasa (10 Mac).

Ini kerana lelaki Brunei berusia 53 tahun itu didapati menghadiri acara di masjid tersebut, menurut kementerian itu dalam satu kenyataan.

Dan terbaru terdapat seorang peserta dari Sabah dan seorang dari Pahang telah disahkan positif selepas menghadiri himpunan itu.
Recommended