9,717 ujian saringan dilakukan hari ini, cecah 85 peratus kapasiti KKM
  • 4 years ago
Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat tempahan kit ujian pantas antigen daripada Korea Selatan tetapi masih membuat rundingan harga kerana membuat tempahan yang besar.

Sementara itu menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Noor Hisham Abdullah, sebanyak 9,717 ujian saringan Covid-19 telah dilakukan hari ini.

Angka itu merupakan 84 hingga 85 peratus daripada kapasiti ujian saringan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang berjumlah 11,500 sehari.