Sekatan keluar antara negeri berkuat kuasa malam ini

  • 4 years ago
Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador berkata pihaknya sudah bersedia sejak dua minggu lalu untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan yang akan berkuatkuasa esok.

Antaranya, adalah sekatan keluar antara negeri atau domestik yang akan berkuat kuasa malam ini.

“Mana-mana individu atau premis yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan boleh dikenakan tindakan.

“Kalau pelanggaran berleluasa dalam tempoh dua minggu ini, PDRM akan mengambil tindakan yang lebih drastik,” katanya pada satu sidang akhbar di Kuala Lumpur, hari ini.

Hamid berkata, mereka yang mahu melakukan perjalanan antara negeri perlu mengisi borang khas serta menyertakan dokumen pengesahan tentang keperluan membuat perjalanan berkenaan.